BERITA : PENYANYI BUNUH SUAMI, IKAT KAKI & TANGAN

by 2:46 PM 0 comments

Seorang penyanyi wanita yang pernah popular pada lewat 1990-an ditahan reman bagi membantu siasatan kematian suaminya yang ditemukan terikat kedua-dua tangan dan kaki di sebuah kondominium di Ampang Utama kelmarin.

Pendaftar Norhaizan Abd. Rahman membenarkan polis menahan reman wanita itu selama lima hari di Mahkamah Majistret Ampang bermula hari ini.
Penyanyi berusia 39 tahun itu ditahan pagi ini dan penangkapan artis itu disahkan Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.
"Polis telah menahan wanita itu di kediamannya bersama dua anak saudaranya untuk membantu siasatan kes itu.

"Ketiga-tiga mereka direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi hari ini.



Pihak polis telah mengesahkan penahanan penyanyi wanita 39 tahun yang terlibat di dalam kes membelasah suaminya sehingga mati adalah Nouri Ramli. Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

Nouri telah ditahan bersama-sama dengan 2 orang anak saudaranya untuk membantu siasatan. Mereka bertiga akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mangsa iaitu suami Nouri bernama Khairul Azmi Jaafar dan berusia 39 tahun

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment