HIBURAN : PIERRE ANDRE BAKAL BERKAHWIN TAK LAMA LAGI

by 11:00 AM 0 comments



Dalam diam-diam, rupanya pengarah muda, Pierre Andre sudah pun merancang pelbagai persiapan untuk majlis pernikahannya yang dijangkakan berlangsung sebelum bulan Ramadhan menjelma
Menerusi portal Murai, Pierre bakal bernikah dengan Nur Hidayah Hashim, 25, pada bulan Jun ini namun tarikh masih belum ditetapkan lagi.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim,25, atau Yaya pada bulan Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami.
“Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan,” ujar Pierre dipetik dari Murai.
Bagaimanapun, Pierre memberitahu kemungkinan besar majlis resepsinya akan diadakan pada hujung tahun.
“Kami akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan dibuat kemudian dan belum ditetapkan lagi bila tarikhnya. Saya memang mahu buat perkara yang wajib dahulu iaitu akad nikah dan resepsinya kemudian. Mungkin pada hujung tahun.”
Tahniah pada Pierre, bakal isterinya pun cantik, kan?

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment