BERITA : MENTERI PERTAHAN SULU BERPANGKAT 5 BINTANG BERJAYA DITANGKAP

by 10:36 AM 0 comments

Pasukan keselamatan mengesahkan komander tentera kumpulan pengganas Kiram yang ditahan di kawasan paya bakau di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini semalam, ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram.

Lelaki berusia lewat 40-an yang juga didakwa sebagai 'Menteri Pertahanan Sulu' itu berpangkat jeneral lima bintang dan bertindak sebagai komander yang memberi arahan sejak pencerobohan kumpulan pengganas itu di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012

Pada Sabtu, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.

Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma.

Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment