INFO : BARU! TELEFON KALIS AIR

by 11:59 AM 0 comments

Telefon pintar, tablet kalis air

i.

MENCARI kelainan daripada gajet pintar yang berada di pasaran, Sony kini menawarkan telefon pintar Sony Xperia Z kalis air sepenuhnya.

Mampu bertahan dalam jangka masa yang agak lama di dalam air menjadikan telefon pintar tersebut antara yang pertama memiliki kelebihan kalis air.

Xperia Z yang dijana oleh pemproses Snapdragon S4 Pro quad-core juga memiliki rekaan yang elegan, nipis serta kemas selain butang 'On/Off' yang diperbuat daripada logam.

Dilancarkan pada Januari lalu, Xperia Z telah menerima hampir 13 anugerah di atas inovasi, kelebihan serta reka bentuk yang ditawarkan.

Memiliki skrin seluas 5 inci dengan teknologi Full HD 1080p Reality Display, menjadikan paparan Xperia Z amat terang dan jelas.

Malah, kamera rakaman pantas dengan kadar 13 megapiksel menjadikan imej yang dirakam oleh telefon pintar tersebut persis kamera biasa.

Ditambah lagi dengan teknologi pintar Sony seperti Reality Display yang dijana oleh Mobile Bravia Engine 2 menjadikan paparan pada skrin Xperia Z sama seperti yang dilihat di televisyen keluarannya.

Manakala, bagi teknologi kamera, telefon pintar tersebut berkongsi teknologi yang sama boleh di dapati pada kamera digital Sony menerusi aplikasi Exmor RS manakala untuk rakaman video menerusi aplikasi HDR (High Dynamic Range).

Teknologi HDR tersebut mampu memberikan imej yang lebih jelas biarpun berada di dalam kawasan yang agak gelap.

Xperia Z juga turut dilengkapi bersama aplikasi penjimatan bateri dengan mod battery stamina yang mana mampu membaiki ketahanan bateri sehingga lima kali ganda berbanding telefon pintar biasa.
Selain itu, pemiliknya juga boleh meneroka, berhibur dan berkongsi hiburan bersama aplikasi media Sony dan kelebihan satu sentuhan.

Malah untuk memantapkan lagi dunia hiburan Xperia Z juga turut dilengkapi bersama aplikasi walkman, album dan juga movie yang mana boleh dioperasikan sama ada dalam talian (on-line) mahupun tanpa talian (off-line).

Selain itu, aplikasi satu sentuhan juga membolehkan pemilik Xperia Z berkongsi muzik, gambar dan video daripada telefon pintar mereka kepada mana-mana peranti Sony NFC-enabled seperti pembesar suara, fon kepala, dan terkini adalah televisyen.

Bersama siri televisyen yang terbaru iaitu, Bravia TV turut diintergrasikan bersama Xperia Z, malah telefon pintar itu turut boleh dijadikan sebagai alat kawalan jauh kepada televisyen siri tersebut.

Hasil ketepatan serta kejituan kejuruteraan telah menghasilkan Xperia Z malah rekaan unik Omni Balance bersama kemasan bucu yang agak bulat serta permukaan yang licin untuk kedua-dua belah telefon tersebut menjadikannya kelihatan eksklusif.

Hanya setebal 7.9 milimeter (mm), Xperia Z dilapisi bersama kaca ketahanan tinggi dan lapisan filem anti-retak di hadapan dan juga belakang menjadikan tahan lasak.

Dalam pada itu, Xperia Z jua diselaputi lapisan getah khas menjadikannya kalis air dan mampu bertahan atau berfungsi semula setelah direndam dalam air dalam jangka waktu yang lama.

Seterusnya tidak lengkap segmen gajet pintar daripada Sony jika tidak dimuatkan bersama tablet terbaru keluarannya.

Memiliki kelebihan tahan lasak serta kalis air (IP55 & IP57) sama seperti telefon pintar Xperia Z, Sony turut memperkenalkan Xperia Tablet Z yang memiliki skrin paparan seluas 10.1 inci.

Malah, tablet itu juga turut direka menerusi teknologi yang sama iaitu OmniBalance serta lebih nipis (6.9 mm) dan seringan 495 gram (g).

Xperia Tablet Z terdapat dalam dua versi warna iaitu hitam dan putih serta dua kelebihan iaitu LTE dan juga WiFi.

Sony mendakwa, tablet tersebut juga merupakan gajet pertama yang dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon S4 Pro asynchronous quad core.

Manakala platform Android 4.1 yang digunakan kini akan dipertingkatkan kepada Android 4.2 dalam masa terdekat.

Pengguna yang pernah merasai Siri Xperia sebelum ini pasti teruja untuk mencubanya.
Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Sony di www.sonymobile.com.


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment