DIARI : EKSKLUSIF HARI INI

by 9:03 AM 4 comments
Orang kata, bila dah jauh baru terasa rindu.. Depan mata tak terasa.. Dah tak de depan mata baru rasa.. ehheeh.. actually my husband pergi ke Karnival Mahabbah IKIMfm di JB selama 5 hari uols... Ha.. bila dia dah tak de ni baru la rasa kosong sikit hidup.. macam kurang sesuatu. Drive keta pun cakap sorang-sorang. Haahha Saya tak de gila cakap tu. Mean nyanyi lagu dalam keta sorang-sorang. Kalau tak, ada dia mesti berborak je...

Sebenarnya semalam.. genap 6 bulan usia perkahwinan kami.. Kami diijabkabulkan pada 7 September 2012. Ha.. bagi yang tak pernah tengok video kawin kami.. ni ha... 



Sedih campur gembira sebenarnya.. sebab saya pernah berdoa pada Allah moga cepat mendapat cahaya mata dan biarlah saya dan besti-bestie (ida & lizz) dapat preggy serentak.. Alhamdulillah. masing-masing dah preggy pun. Cuma mungkin belum rezeki saya.. tapi Allah bagi saya rezeki dalam bidang kerjaya.. Saat sahabat baik saya menerima berita gembira bakal menimang cahaya mata, saya pula menerima berita baik yang saya sekarang adalah Pengacara Selamat Pagi 1Malaysia (TV1)... 

Walaupun kekangan tak dapat bersiaran secara langsung, tapi sekurang-kurangnya saya ada kerjaya sampingan. Ingat dapat duit tu, saya nak kumpul hantar mama abah pergi Haji. Itu niat saya untuk berbakti pada kedua ibu bapa saya yang sangat saya sayangi. 

Untuk akhir part eksklusif ni. Saya kongsikan Highlight perkahwinan kami.
(Huwawaaa rindu my hubby).. tetttttt... ehheheh



Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

4 comments: