BERITA : KERETA PERISAI BERANTAI ADNAN MULA MEMBERSIH LAHAD DATU

by 9:26 AM 0 comments
SALAH sebuah kereta perisai berantai ACV Adnan kelihatan memasuki kawasan operasi bagi memburu pengganas Kiram dalam Ops Daulat di Lahad Datu, semalam.

 Kereta perisai berantai Adnan yang tiba semalam, mula memasuki kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu hari ini, bagi membantu usaha mengesan saki baki kumpulan pengganas Kiram di kawasan berkenaan.



Dengan bantuan kereta perisai berkenaan, operasi membersih dan menggeladah Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan.

Penggunaan kereta perisai berkenaan amat signifikan kerana ia bukan sahaja mempunyai daya perlindungan dan persenjataan yang baik tetapi mampu bergerak di kawasan yang sukar.

Kalau sebelum ini, operasi banyak terbatas kepada jalan dan kawasan tertentu tetapi dengan kereta perisai berantai ini kita mampu meredah kawasan luar daripada jalan-jalan biasa.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment