HIBURAN : AKSI GAIRAH RUSDI DAN NORA DANISH

by 9:25 AM 0 comments
 “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.
Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora. 
Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Foto
ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial.
Penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

Alahai.. acaner nak cakap eh.. Kalau aksi ranjang cenggini.. elok buat tutup pintu pun orang faham la kan. Ini  Malaysia buka Hollywood.. Bagi saya tak eloklah masyarakat kita dididik dengan adegan macam ni. 

Yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan. Sekali pun nak meyakinkan penonton mereka (Rusdi dan Nora Danish) suami isteri tak perlu la adegan camtu. Dah cakap suami isteri.. Orang faham la kan.. pendapat saya... what say uolsss??? 

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment