BERITA : ANWAR SAMAN PEMILIK BLOG PAPAGOMO

by 9:35 AM 0 comments





Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap pemilik laman blog, papagomo yang didakwa menyiarkan perkataan dan imej berunsur fitnah dengan mengaitkan Ketua Pembangkang itu dalam video seks sejenis dengan seorang lelaki.

Anwar mendakwa Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, secara nyata atau tersirat menyatakan individu di dalam imej-imej dalam artikel yang disiarkan dalam laman web miliknya di internet, www .papagomo.com adalah beliau (Anwar).

Anwar, 66, selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Walaupun tiada jumlah tuntutan ganti rugi dinyatakan dalam saman tersebut, peguam N. Surendran yang mewakili Anwar memberitahu pemberita, pihaknya menuntut ganti rugi RM100 juta daripada pemilik dan pengendali laman blog itu yang dinamakan sebagai defendan.


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment