DIARI : ASSIGNMENT 1 (KEGILAAN GAJET)

by 2:20 PM 2 comments
Assalamualaikum anak-anak... ehehehe

Alhamdulillah. Seronok apabila diberi mandat utk produce program sendiri.. Penerbit Abang Zam bagi kepercayaan untuk saya ketengahkan apa jua isu dalam segmen APA KATA FARA. Segmen saya ni hanya 5 minit dan akan muncul di kaca TV setiap hari Isnin. Tapi ada jugak hari-hari lain saya keluar TV cuma bukan dalam segmen ni la..

Huh! Saya ni compius sebab banyak sangat benda boleh buat tapi masalahnya saya takut apa yang saya buat tak mencapai kehendak dia dan audien tak suka.

Walaupun dua hari ni banyak isu yang melanda dengan masalah opis ni. Saya buat lek je. Sebab lagi pikir masalah lagi kite down which is saya ambil itu sebagai cabaran.

Jadi untuk menyahut cabaran Abang Zam ni. Saya dah prepare assignment mengenai Kegilaan Gajet. Fenomena ni biasa. Tapi bagi saya yang bersuamikan orang IT kadang-kadang terpengaruh jugak dengan produk-produk baru gajet ni. Macam sekarang I-phone 5. Saya ketengahkan isu ni. Harap ok la kan. Sebab masih baru dalam dunia hosting ni.

 Yang saya pelik.. Low Yat antara tempat penggemar Gajet yang tak pernah putus kunjungan orang ramai. Bagi saya duduk kat situ sejam cukuplah. Feninnn tengok orang ramai sangat.. Ini antara skrip yang saya dah sediakan untuk shooting nanti...


Assalamualaikum  dan
Salam 1Malaysia

Jika pada segmen minggu lepas kami kongsikan bersama anda mengenai trend Harlem Shake
di Youtube.
Tetapi kali ini, menjadi keterujaan ramai  apabila KEGILAAN GAJET  semakin meluas bukan sahaja dikalangan orang muda malah kini di semua peringkat usia.
Lihat sendiri  di atas meja  saya ini. Telefon S3, Ipad dan kamera. Ini antara gajet yang saya gunakan untuk kegunaaan seharian

Dalam segmen Apa Kata Fara kali ini saya ketengahkan bersama anda KEGILAAN GAJET


Sebut sahaja pasal gajet, terlintas di fikiran kita tentang produk teknologi sofistikated seperti telefon pintar, komputer riba, komputer tablet, kamera digital, pemain MP3 dan bermacam-macam lagi.

kesemua peranti ini  dicipta dengan binaan kompak selain mempunyai kelebihan fungsi komunikasi dan multimedia lengkap serta moden.
Aplikasinya pula menyeluruh untuk memudahkan pengguna melaksana pelbagai urusan harian mereka secara lebih mudah dan mobiliti.

Gajet yang dilengkapi dengan Google Play ataupun Apps Store pastinya menjadi kegilaan ramai untuk memuat turun aplikasi seperti Facebook, Twitter,  Whatsapp, Instagram, FourSquare, InstaPlace dan pelbagai lagi untuk berhubung dengan rakan-rakan mengenai apa sahaja yang mereka lakukan setiap hari. Termasuklah check in, berkongsi berita semasa, gambar makanan dan sebagainya. Dan ada juga menjadikannya sebagai tempat meluahkan perasaan

Ops.. smpai sini je la saya share kan skrip saya.. okeyy ke tidak???????? hahahahah
Uolss kalau ada topik nak ketengahkan bagi tau la. tapi jgn heavy topik la yea. Daa....


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments:

  1. ann..skrip tu awk buat sndirila ye.....mang talent la...ni k.pih ade cdgn ni..len kali ann shareloa jgk psl kenderaan berat yg mggunakan jalan2 besar di bandar mcm lori,kontena or jcb pd waktu puncak..time ramai org nk gi keje n blik keje...hehe

    ReplyDelete
  2. ha ah.. skrip saya buat sendri... heheh tq tq.. ha ah kan.. boleh boleh... insyallah nanti sy buat yea..

    ReplyDelete