HIBURAN : RITA DAKWA GAJI AIDIL LEBIH RM50,000

by 9:45 AM 0 comments


Rita dakwa gaji Aidil lebih RM50,000

Pemain bolasepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak didakwa mempunyai pendapatan melebihi RM50,000 sebulan namun tidak memberi nafkah mencukupi kepada isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan dua anaknya.

Perkara tersebut ditimbulkan oleh Rita menerusi keterangan bertulis dalam permohonan tuntutan nafkah yang dikemukakannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini hari ini.

Rita, 37, berkata, suaminya itu berkemampuan dari segi kewangan berdasarkan pemilikannya ke atas sebuah kereta Mercedes-Benz CLS dan sebuah motosikal berkuasa besar.

"Sejak dia meninggalkan rumah kami di Kota Damansara pada Januari 2012, dia tidak tinggalkan sebarang harta kepada kami, hanya sekali-sekala kirim duit terutama bila kes ini hendak masuk mahkamah," katanya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment