BERITA : BERITA GEMBIRA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN

by 9:36 AM 0 comments



Ha... saya pun harap ada berita gembira yea. Memandangkan kos hidup makin tinggi eloklah dinaikkan apa yang patut kan? kan? 


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap ada berita gembira yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kakitangan awam pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan kerajaan di Putrajaya pada 11 Mac ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pengumuman Perdana Menteri itu diharap akan menceriakan hampir 1.4 juta kakitangan awam termasuk 15,000 kakitangan awam yang dijadual menghadiri pertemuan tersebut.

''Apa sahaja keputusan Perdana Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.

''Saya percaya mereka juga telah lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) September lalu," katanya kepada Utusan Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini.

Omar mengulas harapan CUEPACS terhadap pengumuman yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan tuntutan yang dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu.
Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.
''Adalah penting tuntutan-tuntutan itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan berintegriti," katanya.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment