BERITA : GURU FARDU AIN MAUT DIHUMBAN DARI KERETA

by 2:28 PM 0 comments

Guru fardu ain maut dihumban dari kereta


INILAH pejabat Amanah Ikhtiar yang hendak dikunjungi Rafiah di Kampung Sat Hilir, Tanah Merah kelmarin.


Seorang guru fardu ain dan juga ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mati selepas mengalami pelbagai kecederaan akibat dicampak keluar dari sebuah kereta dipercayai teksi sapu yang sedang bergerak kelmarin.
Rafiah Seman, 54, yang merupakan seorang bekas tentera dikatakan menaiki teksi sapu jenis Proton Iswara berwarna hitam sebelum dicampak di bahu jalan di persimpangan Kampung Sat Hilir, Tanah Merah pada pukul 10.30 pagi.
Mangsa ditemui seorang pemandu kereta dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tepi jalan berkenaan dan dihantar ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.45 malam.
Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk bedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Lemal, Pasir Mas ke pejabat AIM di Kampung Sat Hilir, Tanah Merah untuk urusan pinjaman. Lokasi rumah mangsa ke Kampung Sat Hilir kira-kira 40 kilometer.
“Mangsa sering ke pejabat tersebut dengan menaiki teksi sapu.
“Buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lanjut tentang kejadian ini kerana masih dalam siasatan polis,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment