BERITA : IBU MERTUA TOREH MENANTU DIPENJARA

by 9:42 AM 1 comments


Seorang ibu mertua yang sanggup mencederakan menantu lelakinya gara-gara cemburu melihat tindakan lelaki itu membelikan tablet Samsung Galaxy Tab kepada anak perempuannya menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Azlan Shah Mohd. Allias memerintahkan hukuman terhadap Hajijah Hussein, 56, berkuat kuasa dari tarikh ditangkap pada 24 Mac lalu.
Hajijah yang merupakan bekas pengawal keselamatan menundukkan kepala sepanjang pertuduhan dibacakan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan sebilah pisau terhadap Muhammad Taufik Abdullah, 25.
Perbuatan itu dilakukan antara pukul 9 hingga 10 malam 22 Mac lalu ketika mereka berada dalam rumah sewa mereka di Lot 1103, Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini.
Hajijah didakwa di bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana hukuman berkenaan.
Berdasarkan fakta kes, Taufik yang bekerja sebagai jurukimpal di sini memberitahu isterinya bahawa ibu mertuanya cemburu selepas dia membelikan Galaxy Tab berkenaan kepadanya

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. adussss..ada juga ibu mertua yg mcm ni... sukati dia la nak belikan bini dia. pening kalau dpt ibu mertua mcm ni...

    ReplyDelete