BERITA : MASTERCHEF SELEBRITI MUSIM KEDUA

by 4:06 PM 0 comments

Hai..!! Rasanya semua pun minat masterchef kan. Ada je hidangan unik yang membuat kita terliur ditambah lagi dengan drama-drama kat dapur Masterchef ni kan.



Selepas program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia (MSM) musim pertama mendapat sambutan, nampak gayanya tahun ini rancangan masakan popular itu akan kembali dengan musim terbaru, April nanti.
Apa yang Astro Gempak dengar, selain ditambah daripada 26 episod ke 40 episod, bilangan peserta juga meningkat daripada 16 ke 20 selebriti!
Selain itu, beberapa nama selebriti terkenal tempatan yang disebut-sebut bakal menyertai MSM 2 pun ramai yang dah tahu. Antaranya Datuk Aznil Haji Nawawi, Shaheizy Sam, Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal memberi saingan hebat kepada 16 peserta lain.



Lebih menarik lagi, Datuk Aznil dan Shaheizy Sam pula bersemangat menaikkan gambar masakan mereka di laman sosial Instagram masing-masing. Itu menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan mereka antara peserta MSM 2 nanti.


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment